26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alif Satar Gembira Lihat Ramai Gen Z Qiyam Di Masjid – ‘Generasi Akan Datang Kuat’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pengacara, Alif Satar menzahirkan rasa gembira melihat kehadiran ramai anak muda yang memenuhi masjid untuk berqiyam.

    Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Subuh Raya Kedua Isteri Saya Akan Bersalin’ – Alif Satar Bakal Timang Cahaya Mata Keempat

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Iklan Saya Jual Smart Watch, Itu Adalah Video AI’ – Alif Satar

    Anak muda penuhi masjid

    Menerusi hantaran di Threads, Alif, 35, berkata situasi tersebut menjadi petanda positif bahawa generasi masa kini juga semakin menunjukkan minat dan kecenderungan terhadap agama.

    Tahun ini qiyam terasa lain macam, kan? Majoriti anak muda memenuhi masjid.

    Alhamdulillah. Generasi ummah akan datang pasti lebih kuat, insya-Allah.

    Semoga hati kita semakin hari semakin dekat dengan masjid.

    Dalam hantaran sama, Alif turut berkongsi beberapa foto yang sempat dirakam ketika mengunjungi beberapa masjid bersama anak-anak muda.

    Momen-momen qiyam sempat aku rakam sejak beberapa malam lalu.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa syukur dan terharu melihat suasana tersebut.

    MENARIK:  ‘John Dihani Menarik Permohonan Maaf & Menggaji Peguamcara’ – Shuib Meneruskan Tuntutan

    Malah, ramai yang menyifatkan anak muda hari ini semakin terbuka untuk mendekati agama selain menunjukkan perubahan yang lebih positif.

    Tidak kurang juga yang berharap agar semangat tersebut dapat diteruskan, sekali gus menjadikan masjid sebagai tempat tumpuan utama dalam membentuk jati diri dan kekuatan rohani generasi akan datang.

    Sumber: Threads

    The post Alif Satar Gembira Lihat Ramai Gen Z Qiyam Di Masjid – ‘Generasi Akan Datang Kuat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah