Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau membatalkan serangan ketenteraan yang dirancang terhadap Iran selepas Tehran dan negara Asia Barat lain meminta masa untuk memuktamadkan rangka kerja perjanjian damai, dengan menyatakan Israel turut menyertai komitmen itu, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam catatan di platform media sosial beliau Truth Social, Trump mendakwa kedua-dua pihak bersetuju dengan perimeter perjanjian berpotensi yang akan merangkumi pembukaan semula segera, lengkap dan menyeluruh Selat Hormuz dan menamatkan ancaman nuklear Iran.
Trump berkata beliau bersetuju untuk membatalkan serangan itu demi manfaat masa depan dunia dan kelangsungan Iran yang berjaya dan makmur, sambil menambah bahawa keputusan itu bergantung pada pihak yang boleh membuat perjanjian dengan pantas.





