30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Alhamdulillah Dah Keluar Hospital Tapi Adwa Belum Pulih Sepenuhnya’ – Anak Fitri Haris Dijangkiti Virus Rota

    Shopee Sale

    Anggota kumpulan nasyid UNIC, Dr. Fitri Haris, menzahirkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Adwa Qalbi, akhirnya dibenarkan keluar dari hospital.

    Artikel Berkaitan: Isteri Respon Dakwaan Fitri Haris Curang – ‘Kami Bahagia, Saya Percaya Suami’

    Artikel Berkaitan: Fitri Haris Nafi Curang, Tepis Dakwaan Gosip Penyanyi Nasyid Ada Skandal Wanita Umur 20 – ‘Itu Bukan Saya’

    Dijangkiti virus Rota

    Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads, Fitri memaklumkan bahawa meskipun sudah dibenarkan pulang, keadaan kesihatan anaknya yang berusia enam bulan itu masih belum pulih sepenuhnya. 

    Terima kasih ya Allah, Alhamdulillah Anakanda Adwa Qalbi dah keluar hospital. Cuma Adwa belum pulih sepenuhnya terkena jangkitan virus Rota.

    Dalam perkongsian yang sama, Fitri turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat permata hatinya itu.

    Terima kasih semua yang mendoakan anakanda kami, semoga Allah memberkati semua.

    Sebelum ini, Fitri Haris pernah memaklumkan bahawa Adwa telah disahkan menghidap Pneumonia dan terpaksa berada di bawah pemantauan rapi pihak doktor di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

    MENARIK:  Pengarah Dedah Bau Kentut Will Smith Punca Set Penggambaran ‘Men In Black’ Terpaksa Dikosongkan Selama Tiga Jam

    Sekadar info, Fitri dan Fazilah mendirikan rumah tangga pada Disember 2019. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Bilal Habibi dan Adwa Qalbi.

    Fitri juga memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Sofea Solehah, menerusi perkahwinan sebelum ini.

    Manakala, Fazilah juga pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Qalish Rayyan Adam.

    Sumber: Threads Fitri Haris

    The post ‘Alhamdulillah Dah Keluar Hospital Tapi Adwa Belum Pulih Sepenuhnya’ – Anak Fitri Haris Dijangkiti Virus Rota first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah