Tular di platform Threads sebuah akaun palsu yang menggunakan nama serta gambar milik penyanyi, Iman Troye sehingga mengelirukan orang ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri & Iman Troye Lancar Tung Tung Raya, Netizen Komen – ‘Ingatkan Tamak Dalam Berniaga Saja’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tampil Dengan Lagu Raya ‘Mama Papa Raya’, Netizen Approved – ‘Tahun Ni Sedap!’
Akaun palsu Iman Troye

Lebih membimbangkan, pemilik akaun berkenaan turut mendakwa dirinya sedang hamil dan memuat gambar imbasan ultrasound bayi.
Sudah dapat keputusan. Doktor scan memang ada isi (bayi). Siapa doakan anak saya sihat, semoga rezeki lancar.
Perkongsian itu mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial apabila ada yang menyangka akaun berkenaan benar-benar milik penyanyi lagu Teman itu.
Tidak berdiam diri, Iman tampil memberi amaran tegas kepada pemilik akaun palsu berkenaan supaya memadam akaun tersebut dalam tempoh 24 jam sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.
Salam pemilik akaun, kalau tak padam akaun ini dalam masa 24 jam, saya akan buat laporan polis. Terima kasih.
Tidak lama selepas amaran itu dikeluarkan, akaun terbabit didapati telah dinyahaktifkan, manakala hantaran berkaitan dakwaan kehamilan berkenaan turut dipadam.
Sumber: Threads
The post Akaun Palsu Guna Gambar & Nama Iman Troye, Siap Umum Berita Kehamilan first appeared on OHBULAN!.





