28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #AJL39: ‘Setelah Dengar Vokal Semua Calon, Nadeera Ada Peluang Cerah Dapat Vokal Terbaik’ – Siti Nurhaliza

    Shopee Sale



    Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meramalkan penyanyi Nadeera Zaini mempunyai peluang cerah dalam memenangi vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) malam ini.

    Nadeera ada peluang

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Siti atau mesra disapa Tok Ti berkata penilaian itu dibuat setelah melihat dan mendengar vokal calon AJL 39.

    Setelah dengar semua calon-calon vokal, menurut saya vokal terbaik peluang cerah untuk Nadeera.

    Sebentar tadi, Nadeera menunjukkan persembahan menakjubkan dengan menyampaikan lagu Bukan Lagi Kita hingga berjaya memukau para penonton dengan vokalnya yang cemerlang.

    MENARIK:  Rozita Che Wan Hilang Banyak Kontrak Selepas Viral Isu Hutang – ‘Banyak Jenama Setuju, Kemudian Berlalu’

    Rata-rata penonton menyatakan mereka terpukau dengan persembahan Nadeera yang mengenakan busana berwarna putih.

    Sebelum ini, Nadeera diramalkan bakal dinobatkan sebagai Juara AJL39.

    Bagaimanapun, dia enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi dan hanya berserah pada takdir dan hanya mahu melakukan persembahan yang terbaik.

    Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.

    Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah