30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #AJL39: Melinda Looi Habiskan Masa Dua Bulan Siapkan Busana ‘Jantung’, Jumlah Mata & Hidung Tarikh ‘Birthday’ Aina – ‘Saya Guna 15 Teknik’

    Shopee Sale



    Aina Abdul

    Menjadi individu yang bertanggungjawab menyiapkan busana Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), pereka fesyen terkenal, Melinda Looi menghabiskan masa selama dua bulan untuk menghasilkan gaun kembang berwarna merah yang diberi nama ‘jantung’.

    15 teknik

    Aina Abdul

    Menggunakan lebih 15 teknik termasuk jahitan dan sulaman, Melinda berkata, dia hanya merealisasikan idea dan konsep yang diinginkan oleh Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 31.

    Busana itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan. Aina datang kepada saya dengan konsep yang dia ada, jadi saya merealisasikan idea yang dia mahu.

    Saya cuba fahamkan apa kemahuan dia dan tulis secara terperinci apa disebutkannya. Dia juga ada kongsi kepada saya inpirasi untuk gaun itu. Daripada situ, saya hasilkan gaun tersebut.

    Saya menggunakan lebih daripada 15 teknik untuk menghasilkan busana itu. Termasuk teknik sulaman, pasang manik, bakar, warna dan banyak lagi.

    Melinda berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di acara Melinda Looi Uniform Atelier yang berlangsung di Hyatt Centric Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Sangat ‘details’

    Aina Abdul

    Dalam pada itu, Melinda turut menjelaskan busana itu dihasilkan dengan sangat terperinci termasuk jumlah mata dan mulut yang ada pada gaun tersebut mempunyai kaitan dengan tarikh ulang tahun kelahiran Aina.

    Saya tahu mungkin ada di antara orang di luar sana yang mempersoalkan kenapa ada bentuk mata dan mulut di gaun tersebut. Saya minta anda lihat secara terperinci.

    Jumlah mata dan mulut adalah tarikh hari lahir Aina. Dia sangat mementingkan nilai-nilai terperinci biarpun pada bajunya.

    Aina bukan seorang penyanyi yang malas, dia sentiasa fikirkan kelainan. Dia mahu ceritakan kepada penonton apa yang dirasainya.

    ‘Full package’

    Aina Abdul

    Sementara itu, Melinda juga mengambil peluang mengucapkan tahniah di atas kejayaan Aina pada AJL39 selepas memenangi Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu ‘Puas Sudah’.

    Aina tahniah atas kejayaan awak di AJL39, saya sangat gembira sekali lagi dapat bekerjasama dengan awak.

    Mungkin segelintir orang tidak akan faham, namun Aina meletakkan segalanya pada persembahan dia termasuk baju yang digayakan.

    Aina adalah penghibur, dia menyajikan kepada penonton ‘full package’. Tidak hanya suara yang sedap dan karya yang hebat, tapi Aina berikan segalanya.

    MENARIK:  Janna Nick Dedah Menangis Seorang Diri Dalam Tandas Bila Datang ‘Period’ – ‘Saya Pernah Breakdown Lebih Teruk Lagi’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah