Hot FM sekali lagi membuktikan bahawa radio bukan sekadar hanya bersiaran dari konti, tetapi boleh dibawa terus ke jalanan dan dekat bersama komuniti.
Artikel Berkaitan: Hot FM Catat Rekod Asean, Siaran Langsung Radio Terdalam Di Laut Terbuka
Artikel Berkaitan: Keymi Hot FM Bidas Netizen Kondem ‘Over’ Berbadan Dua – ‘Saya Ada Skoliosis & Menahan Sakit Selama Dua Jam’
Gaya hidup sihat

Menerusi kempen yang baru dilancarkan iaitu ‘Mi Sedap Beskal Bekpes Hot’, bersama pasukan Bekpes Hot yang terdiri daripada Hot KJ, Johan, Fara Fauzana dan AGakan memulakan misi kayuhan sejauh 450 kilometer dari Alor Setar ke Shah Alam selama lima hari.
Kempen ini membawa mesej semangat, ketahanan dan kebersamaan, dalam masa yang sama juga mempromosikan gaya hidup sihat kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sepanjang perjalanan, pasukan ini akan berhenti di beberapa lokasi terpilih bagi mengadakan Siaran Luar (Outside Broadcast – OB) untuk memberi peluang kepada pendengar setia Hot Fm hadir beramah mesra dan menikmati pelbagai lagi aktiviti menarik.
Hiburkan rakyat

Bersama kempen ini, Hot FM akan membuktikan semangat yang penuh tenaga, positif dan mampu mendampingi masyarakat. Kayuhan sejauh 450 KM yang mengambil masa selama lima hari ini juga merentasi beberapa negeri dengan cabaran-cabaran.
Namun, semangat pasukan ini adalah bertujuan untuk menghiburkan rakyat Malaysia yang telah menjadi kekuatan utama bagi kempen ini.
Kempen ini juga menonjolkan nilai ketahanan diri, disiplin serta kerjasama dalam berpasukan, selari dengan misi stesen radio ini untuk terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar kekal aktif, bertenaga dan optimis dalam menghadapi apa jua cabaran.
Kata Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil, kempen ini akanmenjadi simbol perubahan dunia radio yang kini lebih terbuka untuk menurun ke padang dan berada lebih dekat dengan pendengar.
Beskal Bekpes Hot merupakan simbil bagaimana stesen radio boleh bergerak lebih jauh daripada konti untuk benar-benar berada bersama komuniti.
Kayuhan sejauh 450 kilometer ini bukan hanya cabaran fizikal untuk pasukan Bekpes Hot, tetapi juga satu perjalanan dalam membuktikan Hot FM komited untuk mendekati peminat di mana jua mereka berada.
Melalui siri siaran langsung dari Alor Setar ke Shah Alam, kami ingin mencipta pengalaman yang hidup, interaktif dan penuh semangat kebersamaan.
Kempen ini menghubungkan kami bersama pendengar sambil mengalakkan gaya hidup sihat, daya tahan dan semangat ‘kita boleh’ yang menjadi identiti Hot FM.
Kami amat menghargai sokongan peminat yang menjadikan kami stesen nombor satu anda. Inilah cara kami mendekati dan mengucapkan terima kasih. Kami berharap perjalanan ini memberi makna kepada pasukan ini dan peminat yang mengikuti setiap hentian.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai lokasi persinggahan dan aktiviti sepenjang kempen ini berlangsung, pendengar boleh mengikuti perkembangan di media sosial rasmi @hotfm976 atau strim secara langsung melalui Audio+.
The post Bekpes Hot Kayuh Sejauh 450 KM, Dari Alor Setar Ke Shah Alam first appeared on OHBULAN!.





