Nama Aisha Retno, satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia.
Aisha sememangnya dikenali dengan karakter vokal yang khas serta mempunyai karya hits seperti ‘Mengikat Jiwa’, ‘Nukilanku’, ‘W.H.U.T’, ‘Pencarianku’, dan ‘Sutera.’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisha Retno Teruja Dapat Hasilkan Lagu Raya Untuk Biduanita Negara – ‘Melayang Dengar Suara Tok Ti’
Artikel Berkaitan: Biduanita Negara Bakal Lancar Lagu Raya, Puji Hasil Ciptaan Aisha Retno – ‘Anak Muda Yang Hebat’
‘Semoga Saja’

Kini, Aisha memperkuatkan lagi portfolio seninya menerusi single terbaharu berjudul ‘Semoga Saja’ hasil kolaborasi dengan pemuzik dan produser ternama Indonesia, Ade Govinda.
Berbeza dengan kolaborasi Ade Govinda terdahulu yang kebanyakannya bernuansa pop-ballad, kali ini ‘Semoga Saja’ menampilkan nuansa baharu dengan susunan tempo yang medium namun tetap sarat dengan emosi.
Ia menggambarkan rasa kehilangan dan doa bagi seseorang yang telah pergi.
Lagu ini juga menonjolkan sisi vokal Aisha yang lembut namun kuat, dibalut muzik dengan nada dan harmoni yang indah ternyata ciri khas dalam lagu Ade Govinda seperti sebelum ini sentiasa menyentuh hati.
Menerusi lagu ‘Semoga Saja’ ini, Aisha juga turut bertindak selaku penulis lirik bersama Ade Govinda.
Single ini dilancarkan bersama dengan video muzik rasmi yang diarahkan oleh Bagoes Tresna Adji. Proses penggamaran telah berlangsung beberapa bulan lalu di Cottage Basisir Pole, Pantai Carita, Indonesia.
Kisah visualnya memperlihatkan Aisha menyelami rasa yang masih menyimpan harapan akan kembalinya seseorang yang dicintai, sesuai dengan tema besar lagu ini.
Menurut Aisha, lagu ini mewakili rasa hatinya selepas berdepan dugaan kehilangan.
Sejujurnya, lagu ini bersifat peribadi untuk saya kerana mewakili rasa kehilangan dan doa yang mungkin pernah dirasai ramai orang.
Justeru, saya amat berharap agar pendengar dapat merasakan kejujuran dalam setiap nada dan memperoleh kekuatan dalam harapan yang tersisa dalam diri.
Sementara itu, Ade pula berkata dia berharap akan dapat lagi bekerjasama pada masa akan datang.
Semoga dengan adanya kolaborasi ini, kami dapat terus bekerjasama pada masa akan datang.
‘Semoga Saja’ boleh dinikmati di seluruh platform muzik digital bermula 19 September 2025.
Video muzik rasminya pula boleh disaksikan di saluran YouTube Ade Govinda.
The post Aisha Retno & Ade Govinda Ungkap Rasa Kehilangan Melalui ‘Semoga Saja’ first appeared on OHBULAN!.





