34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agy Penat, Kecewa Masih Jadi Mangsa Kecaman – ‘Saya Pakai Pakaian Lelaki & Tak Pakai Make Up’ 

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial dan penyanyi, Agy dilihat sering menjadi sasaran warganet yang didakwa kurang senang dengan penampilannya.

    Artikel Berkaitan: Agy Pernah Rasa Tak Layak Jadi Artis, Terluka Dengan Kecaman Netizen

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Wajah Saya Ini Diibaratkan Seperti Androgynous’ – Agy Tak Pernah Berniat Jadi Perempuan

    Luah rasa kecewa

    Menerusi perkongsian di Threads, Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, 30, meluahkan rasa kesal dengan kecaman yang diterima meskipun sedang berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik.

    Aku dah mula penat.

    Kita cuba improved tapi ramai yang cabar. Kau tak diuji tapi kau terus mengeji.

    Tambah Agy, dirinya kini sudah melakukan perubahan terutama dari segi imejnya iaitu dengan mengenakan pakaian lelaki serta tidak lagi menggunakan sebarang alat solek.

    MENARIK:  ‘Takkan Orang Lain Tak Boleh Guna Keris Dah Lepas Ni?’ – Aazief Khalid

    Bagaimanapun, ternyata perubahannya itu tidak membuka mata warganet malah mereka didakwa masih melemparkan tomahan terhadapnya.

    Saya pakai pakaian lelaki, potong rambut dan tak pakai solekan.

    Jadi biar Allah sahaja yang balas, saya nak fokus improved diri sahaja tahun ini.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada Agy dan menasihatinya untuk tidak mengendahkan kecaman yang dilemparkan.

    Sumber: Threads

    The post Agy Penat, Kecewa Masih Jadi Mangsa Kecaman – ‘Saya Pakai Pakaian Lelaki & Tak Pakai Make Up’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah