26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Afifah Nasir Dapat Tiket Konsert Judika Di Singapura Sebagai Hadiah Kahwin

    Shopee Sale



    Sebelum ini, pelakon Afifah Nasir memberitahu hasratnya untuk membawa Judika datang ke majlis perkahwinannya tidak kesampaian disebabkan penyanyi tersebut mempunyai urusan lain.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Baju Nikah Seksi Sampai Nampak Lurah Dada, Afifah Nasir Dikecam Teruk

    Dapat tiket konsert Judika

    Terbaru, Afifah berkongsi berita gembira apabila pihak pengurusan artis kelahiran Indonesia itu menghantar direct message kepadanya di Instagram. Ujar Afifah, dia dan suami berpeluang menonton konsert Judika di Singapura pada 8 Jun nanti.

    Menerusi tangkap layar yang dikongsikan juga, pihak SAH Entertainment memberi tiket konsert tersebut kepada Afifah sebagai hadiah perkahwinan.

    Terdahulu, Afifah memberitahu segala persiapan untuk majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar. Tambahnya, semua impiannya tercapai kecuali mahu membawa pelantun suara ‘Mama Papa Larang’ itu datang ke majlisnya tidak kesampaian.

    MENARIK:  ‘Ini Hadiah Dari Hati Saya Untuk Semua Wanita’ – Nina Iskandar

    Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas mengikat tali pertunangan selama empat bulan pada Februari lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah