24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adira Nafi Pernah Dicakar & Diterajang Bekas Madu – ‘Bukan Saya, Nak Jawapan Tanya Tuan Badan’

    Shopee Sale



    Adira Suhaimi

    Penyanyi, Adira Suhaimi mengakui tidak tahu menahu mengenai hantaran dibuat bekas madunya, Sharifah Norshafila Hashim yang mengatakan pernah bercakaran dengan seorang wanita suatu ketika dahulu.

    ‘Bukan saya’

    Adira Suhaimi

    Adira atau nama lengkap Siti Adira Suhaimi, 33, sekali gus menafikan dirinya merupakan individu yang dimaksudkan Norshafila.

    Saya tidak ambil tahu pun tentang posting dibuat olehnya. Tapi yang pasti orang dia pernah bercakaran itu bukan dengan saya.

    Kalau nak tahu jawapan mungkin boleh tanya pada tuan badan sendiri. Saya tak rasa (dia sindir saya), memang bukan saya.

    Adira berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert MeleTOP TVS di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.

    Terbuka berkawan

    Adira Suhaimi

    Dalam pada itu, disoal mengenai hubungan dengan Norshafila, pelantun lagu ‘Ku Ada Kamu’ itu menjawab dia terbuka berbaik dengan sesiapa.

    Saya terbuka untuk sesiapa sahaja yang nak ada hubungan baik dengan saya, saya akan layan sehabis baik, insya-Allah.

    Terdahulu, Norshafila membuat pengakuan pernah mencakar dan terajang seorang wanita di kediamannya dalam satu kejadian suatu ketika dahulu.

    Zaman dah berlalu, masa usia muda lagi. Saya ada darah pahlawan. Tak habis dari situ, bukan setakat cakar saja, aku terajang sampai terpelanting.

    Difahamkan, Norshafila kembali mengingat insiden itu susulan konflik rumah tangga pempengaruh, Jofliam dan isteri, Dewi serta bekas isteri, Cik Epal yang bercakaran serta bergaduh, baru-baru ini.

    MENARIK:  Viral Video Anjing Husky Dianaiya, Intan Najuwa Luah Rasa Terkesan – ‘Tolong Jaga Mereka Dengan Kasih Sayang’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah