Pempengaruh media sosial, Ubai MZ menceritakan kembali kisah menyayat hati tentang detik-detik terakhir adiknya, Azrul sebelum terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut nyawa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Papa Nombor Satu’ – Shila Amzah Kongsi Keakraban Ubai MZ & Seth Uwais
Meninggal lepas cari ketam

Menerusi perkongsian di TikTok Dol’s Podcast, Ubai memberitahu arwah Azrul merupakan anak yang paling rapat dan banyak berkorban demi menjaga arwah ibu mereka yang menghidap kanser.
Malah, arwah Azrul sanggup berhenti kerja dan menangguhkan pelajaran demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada penjagaan arwah ibu tercinta.
Arwah adik saya berhenti kerja semata-mata mahu menjaga arwah mak saya. Padahal arwah mak beritahu jangan berhenti kerja. Dia ketika itu kerja di syarikar kurier dan dia juga sanggup ketepikan pelajaran.
Arwah mak hanya makan apa yang arwah adik saya masak sahaja. Kalau ayah masak pun arwah mak tak mahu makan.
Kongsi Ubai lagi, sehari sebelum kejadian, adiknya sempat menyediakan masakan terakhir untuk ibu mereka iaitu mi segera sebelum arwah pergi ke Port Dickson bersama beberapa rakannya untuk menangkap ketam.
Arwah mak ada kanser, jadi dia mahu masakkan mak manggi ketam. Dia naik motor dengan kawan dia pergi Port Dickson untuk tangkap ‘baby crab’.
Sebelum pergi Port Dickson, dia ada masakkan maggi terakhir untuk mak, cumanya tiada ketam. Ketika di Port Dikson, kawan-kawan dia ada rakam video dia sedang cari ‘baby crab’.
Malang tidak berbau, ketika dalam perjalanan pulang dari Port Dickson, Ubai menerima panggilan telefon yang memaklumkan Azrul terlibat dalam kemalangan.
Waktu balik dari Port Dickson, dia kemalangan. Kawan dia nampak dia tiba-tiba jatuh sendiri dari motor. Kawan dia terus hubungi saya, awalnya saya tak terkejut sebab adik saya dah banyak kali kemalangan.
Tetapi kawan dia kata kali ini lain. Saya minta lokasi dan terus ke tempat kemalangan di Dengkil. Saya sampai di sana saya lihat helmet yang dia pakai sudah pecah dan ada darah dalam matanya.
Waktu itu dia pakai jam tangan arwah mak, saya cabut jam itu sebab nak ‘check’ nadinya. Saya rasa macam ada lagi. Kemudian ambulan datang dan pasukan perubatan kata dia sudah lama tiada (meninggal dunia).
Sekadar info, Azrul meninggal dunia pada 4 Mei 2023 dan dua bulan kemudian arwah ibu Ubai pula meninggal dunia pada 30 Julai tahun sama.
Sumber: TikTok
The post Adik Ubai Meninggal Dunia Selepas Cari Ketam Untuk Mi Segera Arwah Ibu first appeared on OHBULAN!.





