Penyanyi Shiha Zikir bersyukur kerana diberi peluang untuk menambah lagi pengetahuan di dalam bidang perniagaan dan kali ini adalah kosmetik selain sibuk mengusahakan restoran dan syarikat produksi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Lagi Perjalanan Baru Akan Bermula’ – Hantaran Shiha Zikir Cetus Tanda Tanya
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersyukur Jadi Rakyat Malaysia, Hebat Dari Segi Budi Bahasa’ – Shiha Zikir
Sokong kaum hawa berbisnes

Ketika ditemui , Shiha berbesar hati diberi tanggungjawab besar menjadi duta rasmi bagi syarikat pengilang produk penjagaan kulit dan kosmetik, SFJ Group Sdn Bhd.
Kata Shiha, 37, peluang ini juga diambil untuk memberi inspirasi serta membuktikan kaum wanita mampu berjaya dengan hasil tenaga sendiri.
Saya sangat bersyukur diberi peluang ini. Saya mahu gunakan platform ini untuk menyokong kaum hawa dalam berbisnes.
Jangan takut keluar dari zon selesa kerana SFJ Group tawarkan pakej yang berpatutan. Insya-Allah ramai mampu jadi pengasas produk sendiri.
Kita selalu dengar stigma yang mengatakan wanita tak boleh buat itu dan ini. Malah, ada yang beranggapan wanita hanya sesuai kahwin awal dan tak boleh berniaga.
Sebenarnya kita kena buktikan bahawa wanita juga mampu ada kerjaya dan berjaya demi diri sendiri.
Tambah pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir, dia juga ingin mengajak lebih ramai wanita untuk keluar daripada zon selesa demi mengejar kejayaan diri.
Jelasnya, SFJ Group menawarkan pakej dengan harga yang mampu milik bagi menyeru ramai lagi menjadi usahawan produk sendiri.
Saya mahu ajak semua, bukan saja wanita tapi juga lelaki, untuk jadi insan yang berjaya. Jangan takut untuk melangkah keluar dari zon selesa kita.
Apa yang menarik tentang SFJ Group ialah pakej yang ditawarkan bukanlah pada harga tinggi, jadi ramai orang berkemampuan untuk jadi pengasas produk sendiri.
Shiha cukup pakej

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) SFJ Group, Ratnah Wati atau mesra disapa Rara, Shiha dipilih sebagai duta kerana aura, kredibiliti serta personalitinya yang diyakini mampu melonjakkan lagi imej jenama ke tahap lebih tinggi.
Kami melihat Shiha bukan sahaja seorang artis, tetapi juga ikon wanita berdikari, berdisiplin dan sentiasa memberi inspirasi.
Personalitinya selari dengan nilai SFJ Group yang mahu melahirkan lebih ramai usahawan berjaya.
Shiha ada aura positif dan kredibiliti untuk meyakinkan pelanggan terhadap produk kami. Oleh sebab itu, kami yakin Shiha adalah pilihan tepat sebagai duta.
Dalam perkembangan lain, SFJ Group turut mengumumkan pembukaan pejabat urusan dan gudang baharu di Sepang, Selangor bagi memperkukuh operasi dan pengedaran produk mereka.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFJ Group, Siti Fatimah Jannah, langkah itu dibuat kerana 90 peratus pelanggan syarikat berpangkalan di Semenanjung Malaysia.
Katanya lagi, kos penghantaran dapat dikurangkan selain membolehkan pelanggan menerima stok dengan lebih pantas tanpa perlu menunggu lama.
The post ‘Ada Beranggapan Wanita Hanya Sesuai Kahwin Awal & Tak Boleh Berniaga’ – Shiha Zikir first appeared on OHBULAN!.





