27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AC Mizal Puji Pengkarya Hasilkan Muzik Ikut Peredaran Zaman – ‘Nak Tarik Generasi Muda’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Datuk AC Mizal berpendapat industri hiburan perlu sentiasa bergerak seiring dengan perubahan zaman, khususnya dalam penghasilan karya seperti lagu, drama dan filem.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] AC Mizal Dedah Anak Perempuan Pernah Jadi Mangsa Buli – ‘Sampai Kena Tukar Sekolah’

    Lagu ikut trend

    AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, berkata, pendekatan tersebut penting bagi memastikan karya yang dihasilkan mampu menarik minat generasi muda sekali gus memberi jangka hayat yang lebih panjang kepada sebuah karya.

    Semua benda berubah, kita kena ikut peredaran zaman. Itu perkara biasa. Kalau nak buat drama, lagu atau filem, semuanya berkait dengan trend. Kita tak boleh hasilkan drama yang orang sekarang tak faham.

    Secara dasarnya, kita memang nak tarik perhatian generasi muda. Sebab bila mereka meningkat dewasa nanti, mereka akan ingat dan lagu itu boleh terus kekal.

    AC berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul Mari Menari Raya duet beraama JessC yang berlangsung di St. Giles Hotel Kuala Lumpur, pada Isnin.

    Tambah anggota kumpulan 4U2C itu lagi, anak seni perlu mengetepikan ego dan lebih terbuka dalam memahami kehendak pasaran semasa.

    Kita tak boleh ada ego. Dalam dunia bisnes dan hiburan, kita kena faham perkara ini. Tiada salah atau haram untuk buat lagu.

    Walaupun saya sudah 36 tahun dalam industri, saya tetap cuba buat perkara baharu mengikut peredaran zaman. Itulah dunia hiburan.

    Tamba AC lagi, usaha pengkarya yang enggan mengikuti perkembangan semasa hanya akan berakhir dengan sia-sia. Namun, dia percaya penggiat seni lama yang berani mencuba sesuatu yang baharu wajar diberi pujian.

    Tak guna kalau kita buat lagu dengan cara lama hanya kerana sudah ada nama, tapi tak ikut zaman sekarang. Kalau begitu, lebih baik tak perlu buat.

    Orang lama yang berani buat sesuatu yang baharu juga perlu diberi perhatian. Itu sebenarnya satu perkara yang baik.

    Dalam perkembangan lain, lagu Mari Menari Raya nyanyian AC dan JessC menggabungkan elemen pop moden, hip-hop serta sentuhan tradisional Melayu.

    MENARIK:  Adira Nafi Bersekedudukan Dengan Bekas Suami – ‘Jangan Risau Rumah Saya Ada Ramai Orang’

    Lagu tersebut bukan sekadar karya perayaan, sebaliknya membawa mesej keharmonian dan perpaduan masyarakat melalui gabungan muzik yang segar dan kontemporari.

    The post AC Mizal Puji Pengkarya Hasilkan Muzik Ikut Peredaran Zaman – ‘Nak Tarik Generasi Muda’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah