Penyanyi dan komposer Aisha Retno menyorot perhatian selepas berkongsi momen ketika proses menghasilkan lagu berjudul Kesuma yang didendangkan oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ajai Dedah Sebab [RE.HAB] Aisha Retno Dinobat Album Terbaik AIM25 – ‘Penilaian Dibuat Secara Keseluruhan’
Artikel Berkaitan: AIM25: Aisha Retno Nafi ‘Diari Air Mata’ Tercalon Kerana Pilih Kasih – ‘Lagu Dipilih Atas Persetujuan Semua Juri’
Netizen teruja Aisha bimbing Siti Nurhaliza
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam dilihat ‘throwback’ momen ketika proses pembikinan lagu tersebut pada Oktober tahun lalu.
Pada hantaran yang sama, Aisha menzahirkan rasa terharu apabila diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab besar menghasilkan karya buat pelantun lagu Cindai itu.
Tak pernah terlintas untuk saya diberi tanggungjawab besar seperti ini.
Malu apabila harus menukilkan lagu untuk Biduanita Negara kita.
Dalam pada itu, seorang pengguna Threads tampail memuji bakat Aisha yang berjaya membimbing dan berkongsi pandangan bersama Siti Nurhaliza ketika proses pembikinan lagu Kesuma.
Selain itu, netizen turut kagum melihat Siti Nurhaliza yang berpengalaman luas dalam industri muzik tetap terbuka menerima idea dan pandangan Aisha yang jauh lebih muda daripadanya.
Macam mana anak muda macam boleh ajar Biduanita Negara?
Boleh nampak kehebatan Aisha. Tak kan Siti Nurhaliza senang-senang saja nak ikut cakap dia. Sebab ini memang zaman dia lah.
Imbas kembali, Aisha sebelum ini menerima pujian selepas Kesuma berjaya menyorot perhatian menerusi vokal dan susunan muzik yang diketengahkan.
Selain itu, Kesuma mengukuhkan pencapaian Aisha dan Siti Nurhaliza apabila lagu tersebut berjaya membawa pulang trofi Vokal Wanita Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
Sumber: Threads
The post Aisha Retno Kongsi Momen Pembikinan Kesuma Bersama Siti Nurhaliza first appeared on OHBULAN!.





