28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abang Hidap Kanser Darah, Nourul Depp Mohon Doa – ‘Hilang Kata-Kata, Punah & Pasrah’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Nourul Depp berkongsi berita hiba apabila abangnya, Mohamad Rizal Ab Wahab disahkan menghidap kanser darah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Orang Ketiga Yang Menghasut & Beri Idea Kepada Anak Saya Atas Kepentingan Diri Sendiri’ – Nourul Depp

    Artikel Berkaitan: Nourul Depp Pernah Jalani Pembedahan Buang Uterus & Ovari – ‘Kanser Sebab Stress’

    Kanser

    View this post on Instagram

    A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

    Menerusi perkongsian di Instagram, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 49, berkata dia yang biasanya mudah berbicara akhirnya hilang kata-kata apabila mengetahui tentang penyakit abang kesayangannya.

    Hilang kata-kata bagi seorang seperti saya yang mudah meluahkan kata kata.

    Bila sampai ujian yang satu ini, saya punah dan pasrah.

    Abang saya yang satu ini adalah abang yang kami sayangi.

    Ya Allah beri kesembuhan pada Mohamad Rizal Ab Wahab yang diduga kanser darah.

    Dalam pada itu, Nourul mengakui dia kini berdepan detik sukar dalam hidupnya apabila memikirkan tentang dugaan yang menimpa keluarganya.

    Tak tahu nak luahkan rasa ini.

    Dua hari yang amat sukar bagi saya. Banyak cabaran. Ya Allah permudahkan urusan kami.

    Sementara itu, Nourul turut menitipkan kata-kata semangat buat abangnya dan berharap diberikan kesembuhan yang cepat.

    Lekas cergas abang. Kita nak ke mekah bersama dan kita nak ride motor di Bali nanti.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  KWSP Umum Dividen 6.3% Bagi Simpanan Konvensional & Shariah, Boleh Disemak Bermula 2 Mac

    The post Abang Hidap Kanser Darah, Nourul Depp Mohon Doa – ‘Hilang Kata-Kata, Punah & Pasrah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah