Pelakon, Datuk Aaron Aziz memaklumkan isu berkaitan individu yang membuat kenyataan berunsur ancaman dan penghinaan terhadapnya kini telah dibawa ke pihak berkuasa.
Artikel Berkaitan: ‘Saya & Keluarga Tidak Pernah Kacau Orang’ – Aaron Aziz
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Dapat Peluk & Tenangkan Anak-Anak’ – Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah
Kes polis

Ketika ditemui , pemilik nama penuh Aaron Mustapha Aziz, 49, bagaimanapun berkata amat sukar untuk mengesan identiti pengguna berkenaan kerana dia menggunakan akaun palsu.
Aaron turut berkongsi itu bukanlah kali pertama dia berhadapan dengan komen negatif berkaitan dirinya dan keluarganya, malah sudah terbiasa.
Perkara itu dah kes polis sebab memang susah nak detect. Mereka guna akaun palsu jadi ia bukan satu benda yang mudah untuk dikesan.
Susah juga nak cari tempat pin point lokasi individu itu sebab dia tidak gunakan identiti sebenar.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Black Ops di Wisma Ekran yang dijangka bakal ditayangkan hujung tahun ini.
Mengulas lanjut, Aaron berkata dia tidak boleh memaksa orang menyukai dirinya, tetapi akan mempertahankan diri sekiranya perkara itu melibatkan keluarganya.
Kena ada had atau batasan untuk komen di media sosial. Jangan keterlaluan.
Selalunya, kalau komen yang mengarut saya akan padam atau sekat saja pengguna tersebut. Komen yang ini kebetulan lalu.
Media sosial ini kita tidak tahu, mungkin orang yang sama komen tapi dia ada banyak akaun.
Sebelum ini, Aaron memaklumkan telah menerima satu kenyataan berunsur ancaman dan penghinaan yang ditujukan kepadanya menerusi media sosial.
The post Aaron Aziz Bawa Isu Ancaman Netizen Ke Pihak Berkuasa – ‘Kena Ada Had Untuk Komen, Jangan Keterlaluan’ first appeared on OHBULAN!.





