Kasut merupakan antara barangan kegunaan harian yang sering terdedah kepada kelembapan, haba, habuk dan peluh kaki.
Artikel Berkaitan: Bahaya Renjatan Elektrik: Mengapa Anda Perlu Berhenti Guna Telefon Pintar Semasa Dicas
Artikel Berkaitan: Risiko Pemakaian ‘Skinny Jeans’ Terhadap Kesihatan
Keselesaan si pemakai

Tanpa penjagaan serta penyimpanan yang betul, kasut boleh cepat rosak, berubah bentuk dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Oleh itu, penjagaan kasut bukan sahaja bertujuan memastikan penampilan yang kemas, malah penting untuk mengekalkan kualiti bahan, keselesaan pemakaian serta memanjangkan jangka hayatnya.
Cara penyimpanan memainkan peranan penting dalam memastikan kasut kekal tahan lama. Bagi kasut yang kerap dipakai, penyimpanan di rak terbuka selepas digunakan adalah lebih praktikal kerana biasanya ia masih lembap akibat pemakaian harian.
Pengudaraan yang baik membantu kasut kering secara semula jadi tanpa perlu dibersihkan setiap kali dipakai.
Untuk kasut yang jarang digunakan pula, penyimpanan di dalam kotak khas bersama gel silika sangat digalakkan bagi menyerap kelembapan dan mengelakkan bau hapak serta pertumbuhan kulat.
Sekiranya kotak asal sudah rosak, penggunaan kotak baharu yang kukuh adalah pilihan yang lebih baik.
Kasut juga tidak wajar disimpan dalam keadaan basah atau lembap kerana keadaan ini boleh menggalakkan pembiakan bakteria.
Pastikan kasut dikeringkan sepenuhnya di tempat yang redup dan berangin sebelum disimpan. Bahagian dalam kasut pula perlu dibersihkan secara berkala, terutamanya bagi individu yang mudah berpeluh, bagi mengelakkan bau yang berlarutan.
Bagi kasut yang disimpan dalam tempoh lama, penggunaan shoe tree amat membantu untuk mengekalkan bentuk asal kasut serta menyerap lebihan kelembapan, khususnya yang diperbuat daripada kayu.
Bagi kasut kulit, penyimpanan dalam plastik tidak digalakkan dan penggunaan bahan pencuci khas membantu melindungi tekstur serta warna kulit daripada kerosakan.
The post Kasut Cepat Rosak & Berbau? Ini Tip Penyimpanan Yang Betul Untuk Tahan Lebih Lama first appeared on OHBULAN!.





