28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    2 Bulan ‘Menghilangkan Diri’, Ibu Aliff Aziz Kembali Kongsi Kata-Kata Islamik – ‘Allah Beri Ketenangan Kepada Kami’

    Shopee Sale



    Selepas hampir dua bulan ‘menghilangkan diri’ dari media sosial, ibu kepada penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahi kini kembali aktif di Instagram.

    ‘Yang baik itu datang daripada Allah SWT’

    Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Siti Hafiza meluahkan rasa syukur kerana Allah SWT mempermudahkan segala urusannya sekeluarga.

    Allah permudahkan urusan dan memberi ketenangan kepada kami sekeluarga. Yang baik itu semuanya dari Allah dan sebaliknya adalah khilaf dari kami yang daif dan tidak sempurna.

    Dalam kesempatan itu, Hafiza turut mengucapkan terima kasih dan meluahkan penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan yang terbaik buat mereka.

    Pada anda yang sentiasa mendoakan kami Masyaallah hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda sekalian dan yang sebaliknya tabarakallah juga kami ucapkan.

    Hati yang tenang itu sangat mahal harganya dan hanya Allah yang dapat memberikan kita ketenangan.

    Ujar Hafiza lagi, setiap individu perlu mengambil pengajaran selain memperbaiki diri daripada segala kekhilafan yang dilakukan selama ini.

    Sebagai insan wajib belajar dari segala kehilafan dan mohon Allah kekalkan semoga kita terus istiqomah untuk menjadi insan yang lebih baik.

    Ajal maut rezeki kebahagian dan semuanya Allah yang tentukan. Kita terus berusaha selebihnya kita bertawakkal padaNYA.

    Terdahulu, kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur, pada Khamis.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘The Beast’ Jadi Kubu Bergerak Trump, Ini Ciri Keselamatan Luar Biasa Kenderaan Rasmi Presiden Amerika Syarikat

    Imbas kembali, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu.

    Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah