30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!’ Gegar Genting Ogos Ini!

    Shopee Sale

    Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play! bakal membuat penampilan istimewa di Arena of Stars, Resorts World Genting dari 29 Ogos hingga 1 September 2025.

    4 hari berturut-turut

    Selama empat hari berturut-turut, para pengunjung akan disajikan dengan lapan persembahan luar biasa yang menampilkan gabungan muzik, tarian bertenaga, visual 3D yang memukau serta aksi akrobatik mendebarkan. Pastinya acara ini menjadikan ia satu acara keluarga yang tidak boleh dilepaskan!

    Watak-watak popular seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Ariel (The Little Mermaid), SuperKitties, Puppy Dog Pals dan Team Spidey daripada Marvel’s Spidey and His Amazing Friends akan menghidupkan pentas dalam satu pengembaraan muzikal interaktif penuh warna-warni.

    Kisahnya bermula apabila Mickey Mouse menganjurkan sesi permainan istimewa di Clubhouse, namun suasana ceria mula terganggu akibat kemunculan cuaca hijau misteri. Demi menyelamatkan keadaan, Team Spidey tampil mengembalikan kegembiraan!

    Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan termasuk: Hot Dog! – Mickey Mouse Clubhouse, Oopsie Kitty – SuperKitties dan Do the Spidey – Spidey and His Amazing Friends.

    MENARIK:  [VIDEO] Luna Maya Rancang Timang Anak Tahun Depan, Mahu Nikmati Dulu Kehidupan Berdua

    Menurut penerbit Jonathan Shank dari Terrapin Station Entertainment, persembahan ini telah mendapat sambutan luar biasa di Amerika Syarikat dan United Kingdom dan kini bersedia mencipta kenangan manis bersama peminat di Malaysia pula.

    Tiket mula dijual pada Rabu, 11 Jun 2025, jam 12 tengah hari melalui rwgenting.com dan ticketingtix.com

    Lokasi: Arena of Stars, Resorts World Genting
    Tarikh: 29 Ogos – 1 September 2025
    Jumlah Persembahan: 8

    Jadual Persembahan:

    • Jumaat, 29 Ogos – 7:30 malam
    • Sabtu, 30 Ogos – 11:00 pagi, 2:30 petang, 6:00 petang
    • Ahad, 31 Ogos – 11:00 pagi, 2:30 petang, 6:00 petang
    • Isnin, 1 September – 1:00 tengah hari

    The post ‘Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!’ Gegar Genting Ogos Ini! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah