30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    15 Tahun Ditipu, Netizen Puas Hati Che Yam Dimadukan – ‘Simpan Sedih Tu, Padan Muka’

    Shopee Sale

    Drama Sumpah Ibuku kembali menggegarkan penonton apabila babak dan ‘plot twist’ episod ke-12 menjadi buah mulut ramai. 

    Artikel Berkaitan: Babak Zara Zya ‘Top Up’ Ilmu Hitam Viral, Netizen Puji Drama ‘Sumpah Ibuku’ – ‘Saya Sorang Ke Yang Gelak?’

    Artikel Berkaitan: Netizen Puji Gandingan Zara Zya & Liza Abdullah Dalam Drama ‘Sumpah Ibuku’ – ‘Diorang Dua Ni Watak Jahat Tapi Comel’

    Rahsia rumah tangga Che Yam terbongkar?

    View this post on Instagram

    A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

    Belum pun babak pertama bermula, ruang komen di media sosial sudah pun dibanjiri reaksi teruja penonton yang tidak sabar melihat rahsia besar Che Yam akhirnya  terbongkar.

    Plot utama yang menjadi punca ledakan emosi penonton ialah pembongkaran hubungan sulit antara Alma (Aleza Shadan) iaitu pembantu peribadi kesayangan Che Yam dengan suaminya sendiri. 

    Selama ini Alma dianggap paling setia, sering mengiringi urusan kerja dan dipercayai mengurus rumah tangga majikannya, namun di sebalik itu mereka rupa-rupanya telah berkahwin secara senyap hampir 15 tahun.

    Setelah rahsia terbongkar, suasana rumah bertukar tegang. Che Yam dilihat tidak dapat menahan marah, hingga dua anak lelakinya terpaksa masuk campur untuk meredakan keadaan. 

    MENARIK:  [VIDEO] Isteri Fizo Omar Jawab Persoalan Netizen Mengapa Suka Bersenam – ‘Bukan Untuk Cantik Atau Kurus’

    Adegan yang paling ‘epik’ apabila Che Yam melibas Alma menggunakan paip getah. 

    Namun di sebalik ujian yang dilalui Che Yam, rata-rata penonton berpuas hati dengan kecurangan tersebut dan menganggap ianga sebagai balasan kerana Che Yam sebelum ini sibuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain akhirnya terkena pada diri sendiri. 

    Penonton puas hati

    Selain lakonan mantap Liza Abdullah dan Aleza Shadan, drama hit ini turut dibarisi oleh nama besar seperti Izara Aishah, Remy Ishak, Zara Zya, Syad Mutalib, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

    Sumpah Ibuku ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.

    The post 15 Tahun Ditipu, Netizen Puas Hati Che Yam Dimadukan – ‘Simpan Sedih Tu, Padan Muka’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah