29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zohran Madani muslim pertama angkat sumpah Datuk Bandar New York

    Shopee Sale

    GLOBAL | Zohran Mamdani mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar New York sejurus sebelum tengah malam 1 Jan, sekali gus menjadi Muslim dan keturunan Asia Selatan pertama yang memimpin bandar terbesar di Amerika Syarikat (AS) itu selepas mengangkat sumpah jawatan dengan meletakkan tangannya di atas al-Quran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Upacara angkat sumpah itu berlangsung di stesen kereta api bawah tanah Old City Hall yang tidak lagi beroperasi.

    Peguam Negara New York, Letitia James, menyempurnakan upcara angkat sumpah itu di hadapan keluarga Mamdani, menjelang majlis umum yang dijadualkan berlangsung pada Khamis dan akan dipimpin oleh Senator Bernie Sanders.

    MENARIK:  'AS dalang utama agenda pembunuhan ala Nazi di Gaza'

    Menurut beberapa media Amerika Syarikat, naskhah al-Quran yang digunakan dalam upacara itu termasuk milik datuk Mamdani serta satu lagi naskhah milik penulis Arturo Schomburg, yang dipinjamkan oleh Perpustakaan Awam New York.

    Mamdani, 34, juga merupakan individu kelahiran Afrika pertama yang berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York.

    Beliau dilahirkan di Uganda kepada ibu bapa imigran dari India.

    Beliau memenangi pengundian datuk bandar pada 4 Nov lalu dengan menewaskan bekas Gabenor New York Andrew Cuomo serta calon Republikan, Curtis Sliwa, sekali gus mencatat kemenangan bersejarah bagi sayap progresif Parti Demokrat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah