Malaysia berhasrat menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak paling berprestij – Piala Dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata bukan sekadar sebagai tuan rumah, dia malah ingin melihat Malaysia layak beraksi sebagai wakil Asia Tenggara dalam kejohanan berkenaan.
“Insya-Allah, satu hari nanti kita bercita-cita untuk menjadikan Malaysia tuan rumah Piala Dunia.
“Mudah-mudahan ketika itu pasukan Malaysia akan menjadi satu daripada pasukan untuk mewakili Asia Tenggara,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam ucapan ketika hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di antara Argentina dan Sepanyol menerusi tayangan skrin gergasi dan program Semarak Subuh di Bangi Square 2, Bangi awal pagi tadi.
Ranking skuad Harimau Malaya meningkatkan dua anak tangga ke kedudukan ke-136 dunia berbanding 138 sebelum ini, berdasarkan kemas kini dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).
Ratusan peminat bola sepak berkumpul di Bangi Square 2 bagi memeriahkan tontonan perlawanan akhir itu.
Antara pengisian program tadi ialah sesi Borak Bola bersama legenda bola sepak negara Zainal Abidin Hassan, Mohd Farizal Marlias dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak yang dikendalikan Hafizal Hamad.
Sebaik tamat perlawanan, Ahmad Zahid menyertai program Semarak Subuh di Surau Al-Hamidiah sebagai penutup acara.





