34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zafrul letak jawatan tak jejas hubungan Umno, PKR – Jo Ghani

    Shopee Sale

    Kerjasama Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak terjejas susulan peletakan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Umno Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam parti, kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

    Johari yang juga Naib Presiden Umno berkata kedua-dua parti dalam Kerajaan Perpaduan itu perlu terus bekerjasama demi kestabilan politik negara.

    “Sebagai contoh saya (selaku menteri) dalam kerajaan ada perananan untuk membangunkan negara, soal politik ini biasalah dan itu semua sepatutnya tidak boleh menjejaskan pakatan kita dalam Kerajaan Perpaduan dan negara,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kampung Angkat Madani (KAM) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Kampung Parit Bilal, di Batu Pahat, hari ini.

    Semalam, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Kota Raja dan ahli Umno.

    Mengenai program hari ini, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan kepada Kampung Parit Bilal dan Kampung Parit Ahmad, sebagai Kampung Angkat Madani KPK untuk pelaksanaan pelbagai projek antaranya menarik taraf fasiliti pendidikan, rumah ibadat serta infrastruktur.

    MENARIK:  PM menuju ke parlimen, bentang Belanjawan 2025

    Beliau berkata inisiatif itu turut melibatkan kerjasama strategik dengan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya, Pejabat Daerah Batu Pahat, Pejabat Pembangunan Negeri Johor, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) dan pemimpin komuniti.

    “Turut dilaksanakan aktiviti berkaitan usahawan seperti kursus usahawan coklat dan program bantuan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MyCommodity,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah