29.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wilfred: Kenapa PM tentukan ‘tak cukup bukti’ kes rasuah Sabah?

    Shopee Sale

    Ahli parlimen kerajaan, Wilfred Madius Tangau mengecam Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana mengatakan tiada bukti kukuh tentang salah laku dalam skandal rasuah yang didakwa melibatkan ramai pemimpin negeri Sabah.

    Mengulas di Facebook, Wilfred mempersoalkan mengapa keputusan sedemikian dibuat oleh perdana menteri dan bukannya pihak berkuasa.

    "Aik kenapa PMX (Anwar) yang buat keputusan?

    "Kenapa pula bukan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) atau peguam negara yang buat keputusan?" soal Ahli Parlimen Tuaran itu.

    Wilfred, yang merupakan presiden kehormat Upko, melampirkan gambar laporan akhbar mengenai kenyataan Anwar berhubung skandal yang melibatkan ahli perniagaan Albert Tei, yang mengeluarkan beberapa video yang memaparkan pemimpin GRS didakwa menerima rasuah untuk memudahkan usaha Tei mendapatkan lesen penerokaan mineral.

    Perdana menteri dilaporkan memberitahu pemberita semasa mesyuarat di Kota Kinabalu semalam bahawa klip video sahaja tidak mencukupi untuk dijadikan bukti.

    "Di Sabah, saya ambil serius video itu. Tetapi kemudian kita tengok (dalam video itu tertulis): ‘Saya mahu bagi RM1 juta, boleh ambil minggu depan’. Bukan begitu.

    MENARIK:  Perwakilan UK, EU di Dhaka tegaskan hak Rohingya pulang ke Myanmar

    “Perlu buktikan bahawa terdapat pemindahan wang. Kes-kes yang dibuktikan, mereka (SPRM) dakwa," kata Anwar.

    Tei telah mengemukakan lebih daripada 300 muka surat bukti kepada SPRM, termasuk jejak wang, rekod bank, dokumen dan surat-menyurat bertulis sebagai bukti untuk menyokong dakwaan dalam video tersebut.

    Daripada 14 ahli politik Sabah yang terlibat dalam video Tei, hanya dua yang telah didakwa dengan rasuah.

    Mereka ialah penyandang Adun Tanjung Batu, Andi Suryady Bandy dan penyandang Adun Sindumin, Yusof Yacob. Tei juga didakwa kerama memberi mereka rasuah berjumlah RM500,000.

    Andi dan Yusof adalah antara empat daripada mereka yang terlibat yang tidak bertanding dalam pilihan raya ini. Sepuluh lagi, termasuk ketua menteri sementara, Hajiji Noor, akan mempertahankan kerusi mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah