25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Warga Indonesia ditahan bersama dadah bernilai RM110,000

    Shopee Sale

    Seorang pendatang tanpa izin ditahan polis di Langkap, Teluk Intan Isnin lalu kerana dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah sejak Mac tahun ini.

    Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata suspek, 40, merupakan warga Indonesia dan ditahan di sebuah rumah dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam.

    "Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis menemui sebuah beg beroda berzip dan terdapat 20 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin didalamnya.

    "Bahan itu dianggarkan seberat 9kg dengan nilai berjumlah kira-kira RM110,000.

    "Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh hari ini.

    MENARIK:  PN umpama parti 'kura-kura', sanggup sorok kepala gadai prinsip - Zahid

    Mohd Yusri berkata, polis mengesyaki dadah yang dirampas itu adalah untuk diedarkan di pasaran tempatan dan ia boleh digunakan 11,000 orang penagih dadah.

    Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah