27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita warga Jepun didakwa buang mayat bayi dalam tandas

    Shopee Sale

    Seorang wanita warga Jepun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran bayi perempuan dengan membuang bayi berkenaan dalam tandas sebuah pusat beli-belah, lima hari lepas. 

    Noda Junko, 36, didakwa menyembunyikan kelahiran bayi berkenaan dengan membuang mayat bayi itu di tandas perempuan sebuah pusat beli-belah di Cheras di Kuala Lumpur di antara pukul 3 hingga 5.15 petang, 12 Jan.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

    MENARIK:  Soalan Lip Eng terkait dakwaan Shafee ditolak pejabat speaker

    Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman mencadangkan jaminan RM10,000 dengan dua orang penjamin manakala peguam Muhammad Afif Che Had yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah.

    "Anak guam saya telah menetap dan bekerja di Malaysia hampir tiga tahun selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau," kata peguam itu.

    Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan dua orang penjamin serta pasport antarabangsa milik tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 27 Mac depan untuk sebutan semula kes. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah