31.3 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita OKU ditahan bantu siasatan kes bahayakan anak-kanak dalam kereta

    Shopee Sale

    Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditahan bagi membantu siasatan berhubung perbuatan yang membahayakan kanak-kanak dalam kenderaan di atas jalan raya, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata wanita berusia 46 tahun itu, ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang ketika hadir bersama suaminya untuk memberi keterangan pada 4.50 petang.

    “Hari ini, jam 11.15 pagi, satu laporan polis diterima berkaitan video tular 28 saat yang dipercayai berlaku di kawasan Jalan Suadamai Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, Selangor itu dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok Sangeethadas_Familyalaparai.

    “Dalam video tersebut menunjukkan tindakan berbahaya seorang kanak-kanak perempuan yang duduk di tingkap terbuka di sebelah pintu hadapan kiri pemandu sebuah kenderaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Beliau berkata wanita yang ditahan itu merupakan ibu kepada kanak-kanak di dalam kereta berkenaan dan kereta itu turut dirampas bagi membantu siasatan.

    “Hasil siasatan lanjut mendapati tangkapan disahkan seorang OKU fizikal buta sebelah mata, manakala kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun yang tular di dalam video tersebut juga seorang kanak-kanak OKU,” katanya.

    MENARIK:  Mendapan tanah: Masjid As-Solihin selamat digunakan - JKR Perlis

    Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

    Naazron menasihati ibu bapa dan masyarakat agar tidak melakukan perkara yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak serta pengguna jalan raya yang lain dan lebih berhemah di jalan raya.

    “Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Insp Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-29667474 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Selangor bagi membantu siasatan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah