24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita mengaku tak bersalah bunuh rakan kongsi perniagaan

    Shopee Sale

    Seorang peniaga wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan membunuh rakan kongsi perniagaannya pada November tahun lepas. 

    Nooraini Remali, 36, didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Noorzihan Abd Karim yang ketika itu berusia 65 tahun di hadapan Pos Pengawal Telekom Malaysia, Batu 23, Kuala Berang antara 3.20 pagi hingga 4 pagi, 1 Nov 2023.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

    Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 17 Nov ini.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Che Mohd Azmi Che Hamat.

    MENARIK:  'Serbuan papan tanda DBKL sebabkan kos operasi restoran Cina naik'

    Pada 15 Nov 2023, Nooraini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang atas pertuduhan berkenaan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

    Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga emas ditemukan maut di dalam longkang dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah