31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wan Azizah selesai jalani prosedur kesihatan di Hospital Serdang

    Shopee Sale

    Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menjalani satu prosedur kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini.

    Pengarah Hospital Sultan Idris Shah Dr Farique Rizal Abdul Hamid dalam kenyataan malam ini memaklumkan Dr Wan Azizah berada dalam keadaan baik, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.

    “Kami menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas doa serta ingatan buat kesembuhan segera Datuk Seri Dr Wan Azizah dan berterima kasih atas ruang privasi yang diberikan kepada beliau untuk menerima rawatan dengan sempurna,” katanya.

    Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook malam ini mengajak rakyat Malaysia supaya turut mendoakan agar isteri beliau Dr Wan Azizah diberi keafiatan sesegera mungkin.

    MENARIK:  2,076 individu terkait GISBH setuju sertai program pemulihan Mais

    “Susah senang bersama!” kata Anwar yang turut menyertakan gambar beliau bersama Dr Wan Azizah di hospital.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah