27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    2,076 individu terkait GISBH setuju sertai program pemulihan Mais

    Shopee Sale

    Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bermula 15 Feb ini.

    Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata inisiatif dikenali Program Insan Rabbani yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu akan dilaksanakan dalam empat fasa selama dua tahun.

    Beliau berkata program itu meliputi fasa pemulihan serta pengukuhan masing-masing berjalan selama enam bulan, diikuti pemantauan menerusi fasa pascapemulihan, pemantauan dan khidmat sokongan.

    "Proses pemulihan akan menggunakan Modul Istitabah untuk peringkat umur dewasa dan Modul Pendidikan Islam Insani kepada kanak-kanak dengan pendaftaran boleh dibuat di Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS. Ia akan dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar pusat pemulihan berkenaan.

    MENARIK:  Pegawai, anggota SPRM obes tak layak dipertimbang naik pangkat

    “Proses pemulihan di dalam pusat dilaksanakan di Pusat Perlindungan Terpilih manakala di luar akan dilaksanakan di masjid atau sekolah atau mana-mana lokasi yang sesuai,” katanya di Shah Alam hari ini.

    Abdul Aziz berkata setakat ini bilangan yang berdaftar dengan Bahagian Ar Riqab Mais membabitkan lebih 1,300 kanak-kanak bawah 17 tahun selain lebih 700 individu dewasa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah