33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Usahawan produk kesihatan rugi RM84,000 terjebak pelaburan ‘kripto’

    Shopee Sale

    Seorang usahawan produk kesihatan berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM84,000 lebur tidak sampai dua bulan setelah terjebak kes penipuan pelaburan dalam talian.

    Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata wanita berusia 52 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan suspek melalui aplikasi TikTok pada Februari lepas.

    Beliau berkata mangsa telah ditawarkan untuk menyertai pelaburan kripto menerusi laman sesawang ‘Aleosgm.Top’ dan terperdaya dengan tawaran keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat.

    MENARIK:  Seorang maut, dua cedera kejadian tembak di Brickfields

    “Mangsa telah melakukan 17 transaksi ke dalam lima akaun berbeza yang disyaki akaun keldai (mule account), bermula 29 Mei hingga Isnin lepas (7 Julai) dengan nilai keseluruhan sebanyak RM84,000.

    “Menyedari dirinya tertipu, satu laporan polis dilakukan semalam dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

    Beliau turut menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan atas talian yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah