25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    URA beri peluang kaum Melayu miliki hartanah di bandar – Supol PM

    Shopee Sale

    Akta Pembangunan Semula Bandar (URA) yang dicadangkan memberi peluang ramai Melayu memiliki hartanah di bandar, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin

    Azman berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan pembangkang yang menyifatkan cadangan itu sebagai percubaan kerajaan menggunakan taktik halus menyingkirkan Melayu dari kawasan bandar.

    "Tujuan akta itu bukan saja membina semula bangunan atau kediaman lapuk, tetapi pemaju terpaksa membina lebih banyak kediaman mampu milik yang boleh dijual atau dimiliki.

    "Syarat-syarat kelulusan pembangunan yang sedia ada untuk pembangunan semula diantaranya mensyaratkan pemaju membina unit-unit kediaman mampu milik dengan kadar nisbah tinggi bagi mengimbangi unit harga bebas.

    "Majoriti unit kediaman mampu milik dimiliki oleh orang Melayu. Maka dengan adanya akta ini nanti kawasan kediaman yang lama atau lapuk akan dibangunkan semula dan membolehkan lebih banyak unit mampu milik dibina dan dimiliki oleh orang Melayu, selain unit-unit gantian sedia ada yang mereka dapat," katanya.

    Sebelum ini, ahli parlimen pembangkang menyifatkan cadangan URA adalah taktik halus untuk menyingkirkan orang Melayu daripada terus menetap di kawasan bandar.

    Sambil menyifatkan bahawa tiada keperluan untuk menggubal akta baru, Ahli Parlimen Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata akta sedia ada telah memadai.

    MENARIK:  Ihsan Madani: 601 banduan bebas berlesen sambut Aidilfitri

    Sementara Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan berkata kegagalan kerajaan menyediakan buku rang undang-undang (RUU) URA membuktikan ia dibuat secara tergesa-gesa dan mempunyai muslihat tertentu.

    Bagaimanapun, Azman menyangkal tanggapan itu sambil berkata akta itu juga akan membantu mengurangkan pembangunan di tanah-tanah kosong yang sensitif.

    "Terutamanya tanah rizab kawasan lapang atau rizab kawasan hijau, rizab sungai atau kawasan tadahan air yang selalunya dilobi oleh pemaju.

    "Ini adalah kerana zon guna tanah kawasan-kawasan pembangunan semula ada memang tujuan untuk kediaman, pembangunan bercampur atau komersial.

    "Jadi, masalah pembangunan bukan di atas zon tanah yang digazetkan atau bertentangan tidak akan berlaku," katanya.

    Azman yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata akta ini akan menyelesaikan isu kediaman uzur yang diwarisi generasi kedua.

    "Kelazimannya kediaman usang atau uzur diduduki oleh golongan warga emas atau generasi pertama keluarga.

    "Setelah pembangunan semula hartanah yang baru dapat diwarisi oleh generasi keluarga seterusnya," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah