24.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    UNRWA beri amaran situasi kritikal di Gaza akibat sekatan Israel

    Shopee Sale

    Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat memberi amaran bahawa serangan berterusan Israel serta sekatan semakin memburukkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Dalam satu kenyataan, UNRWA memaklumkan pihaknya kini mengendalikan 115 pusat perlindungan di seluruh Gaza, yang menempatkan lebih 90,000 pelarian.

    “Situasi yang sedia genting kini semakin merosot akibat pengeboman serta sekatan yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial,” menurut kenyataan itu.

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut menganggarkan hampir 420,000 penduduk sekali lagi hilang tempat tinggal sejak gencatan senjata Januari lalu gagal dipertahankan, dan mengulangi gesaan kepada gencatan senjata segera di Gaza.

    MENARIK:  Umno setuju terima kembali Hishammuddin, Khairy, Syed Hamid

    Sejak 2 Mac, Israel menutup sepenuhnya lintasan sempadan Gaza, menyekat kemasukan bekalan penting walaupun terdapat pelbagai laporan kebuluran di wilayah yang musnah akibat peranang itu.

    Tentera Israel melancarkan semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac, sekali gus memusnahkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai pada Januari.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah