32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    UM berdukacita, mahasiswa maut jatuh bangunan asrama

    Shopee Sale

    Warga Universiti Malaya (UM) menzahirkan rasa dukacita susulan kematian seorang mahasiswa akibat jatuh dari bangunan asrama petang tadi.

    Dalam status di media sosial, usat pengajian tinggi terkemuka itu juga menyatakan simpati yang mendalam kepada keluarga pelajar itu.

    Terdahulu, UM melalui kenyataannya mengumumkan kematian pelajar itu setelah jatuh dari sebuah asrama kira-kira jam 3.30 petang tadi.

    Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

    MENARIK:  ‘Kenapa sekolah Cina jadi isu, anak pemimpin PAS pun ada masuk SJKC'

    Pihak universiti, melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar, sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga allahyarham bagi membantu mereka menghadapi saat sukar itu.

    Punca kejadian masih disiasat. Bagaimanapun universiti memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh.

    UM juga menyeru semua pihak menghormati privasi keluarga serta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah