26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ULASAN | Muhyiddin, berhentilah bangkitkan isu keabsahan PM 

    Shopee Sale

    Tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menghina kewibawaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah amat mendukacitakan. 

    Hakikatnya, Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri kesepuluh selepas meneliti sokongan ahli-ahli parlimen dan pandangan pakar-pakar perlembagaan dan Majlis Raja-raja. 

    Pakatan Harapan selaku gabungan yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15, dengan 82 kerusi, diberikan peluang membentuk kerajaan, namun PN dan Muhyiddin menolak pembentukan kerajaan perpaduan walaupun idea ini diutarakan YDPA.


    Baca: Muhyiddin: Ucapan di Nenggiri suatu fakta


    Anwar membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen menerusi usul percaya pada 19 Disember 2022, dan ketika ini disokong 153 ahli Parlimen. 

    Tindakan ini adalah selari dengan maksud Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 40 (2) dan 43 (2). 

    Namun, ketika berlaku langkah sheraton dan sepanjang pentadbiran Muhyiddin, tidak pula berlaku usul undi percaya di Parlimen, kenapa Muhyiddin tidak berani ketika itu?

    Proses keabsahan sokongan majoriti seseorang PM ini adalah sangat penting dalam amalan demokrasi tulen bagi mewujudkan kestabilan politik dalam keadaan tidak ada mana-mana parti memperoleh majoriti cukup (112 kerusi parlimen). 

    Kestabilan politik bawah pimpinan Anwar mendorong Malaysia mencatatkan kejayaan dalam pelbagai aspek. 

    Antaranya, buat dua suku tahun berturut-turut, KDNK negara melangkaui jangkaan pakar. 

    MENARIK:  Op Ramadan KKM periksa bazar Ramadan, hotel di seluruh negara

    Paling baru, KDNK Malaysia melonjak 5.9 peratus pada suku kedua 2024. 

    Susulan itu, OCBC, RHB Research, Hong Leong Investment Bank Research dan BMI Research, antara lain, menaikkan ramalan pertumbuhan KDNK untuk tahun ini.

    Pasaran saham Bursa Malaysia juga sedang melonjak. 

    Sejak pertengahan 2023 sehingga sekarang, FBM KLCI meningkat lebih 19 peratus. 

    Ringgit pula mengukuh ke paras 4.37 berbanding dolar Amerika Syarikat dan ringgit adalah mata wang paling berprestasi positif tahun ini dalam kalangan mata wang Asia.

    Muhyiddin dan PN harus berhenti membangkitkan isu keabsahan PM ini. 

    Berhentilah daripada mengelirukan rakyat dengan fakta dan undang-undang yang tidak menyakinkan. 

    Rakyat seharusnya dididik untuk fokus kepada usaha membangunkan negara dan pemulihan ekonomi. 

    Agenda ini yang sedang diusahakan PM bersama pasukan kerajaan perpaduan seharusnya mendapat sokongan dan pengiktirafan semua pihak. 


    MUHAMMAD FAIZ FADZIL ialah setiausaha agung Amanah.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah