28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Uganda nafi setuju terima warga asing diusir Amerika

    Shopee Sale

    Uganda semalam menafikan laporan bahawa ia telah mencapai persetujuan dengan Washington untuk menerima warga asing yang diusir dari Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Menteri Hal Ehwal Luar Uganda Henry Okello Oryem memberitahu Anadolu bahawa negara itu tidak pernah memeterai perjanjian pengusiran dua hala dengan AS dan tidak mempunyai kapasiti untuk menempatkan warga asing yang diusir itu.

    "Setakat pengetahuan saya, kami tidak pernah mencapai perjanjian sedemikian. 

    "Kami tidak mempunyai kapasiti untuk menempatkan warga asing yang diusir dari Amerika Syarikat ke Uganda," kata menteri itu.

    MENARIK:  Lynas yakin Malaysia makin faham kepentingan industri nadir bumi

    Pada Selasa lalu, CBS News melaporkan Uganda telah bersetuju dengan kerajaan AS untuk menerima migran dari Afrika dan Asia yang diusir selepas memohon suaka di sempadan AS-Mexico.

    Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga negara Afrika - Sudan Selatan, Rwanda dan Eswatini - telah bersetuju untuk menerima migran yang diusir dari AS.

    Bulan lepas, AS menghantar 13 individu yang disifatkannya sebagai penjenayah berbahaya dan berada di AS secara haram ke Sudan Selatan dan Eswatini.

    Pentadbiran Trump berhasrat untuk mengusir jutaan pendatang di AS ke negara ketiga.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah