25.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump dakwa hampir tiada lagi sasaran untuk diserang di Iran

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa peranang AS-Israel dengan Iran akan berakhir “tidak lama lagi” kerana hampir tiada lagi sasaran untuk diserang di negara itu, lapor Xinhua.

    “Sedikit di sana sini ... Bila-bila masa saya mahu menamatkannya, ia akan berakhir,” kata Trump kepada portal media dalam talian AS Axios dalam temu bual telefon selama lima minit pada Rabu.

    Presiden itu berkata Iran “tidak akan terlepas begitu sahaja” selepas menyasarkan aset AS di beberapa negara di Asia Barat.

    Pegawai AS dan Israel berkata mereka sedang bersiap sedia untuk sekurang-kurangnya dua minggu lagi serangan di Iran, dan tiada arahan dalaman dikeluarkan setakat ini mengenai bila pertempuran mungkin dihentikan, menurut laporan Axios.

    Donald Trump

    Menteri Pertahanan Israel Israel Katz berkata pada Rabu bahawa peranang itu akan diteruskan “tanpa had masa, selama mana yang perlu sehingga kita mencapai semua objektif dan memenangi kempen ini secara muktamad”.

    Tentera laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran telah melancarkan serangan terhadap dua kapal di Selat Hormuz sejak pagi Rabu, menurut kenyataan jabatan perhubungan awamnya.

    MENARIK:  Beri gelandangan sisa makanan: MCMC rakam keterangan tiga individu

    Laporan menyatakan sekurang-kurangnya tiga kapal, termasuk sebuah dari Thailand, terkena objek peluru “tidak dikenal pasti” dalam insiden berasingan ketika melalui selat itu pada Rabu.

    Turut pada Rabu, Brad Cooper, komander Pemerintah Pusat AS, berkata tentera AS menyerang sebuah “kemudahan besar pembuatan peluru berpandu balistik” di Iran pada malam Selasa.

    “Kami secara sistematik melumpuhkan mereka dengan menyasarkan peluru berpandu dan dron Iran di samping menyerang pangkalan industri pertahanan mereka,” kata Cooper di platform X. “Malam tadi sahaja, pasukan pengebom kami menyerang sebuah kemudahan besar pembuatan peluru berpandu balistik sebagai contoh.”

    Komander itu berkata tentera AS telah menyerang lebih 5,500 sasaran di seluruh Iran, termasuk lebih 60 kapal, sejak AS dan Israel melancarkan serangan besar-besaran terhadap Iran pada 28 Feb.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah