28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tragedi maut FRU: Ada pihak cuba tangguk di air keruh, kata polis

    Shopee Sale

    Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin mendedahkan terdapat cubaan pihak tertentu mengeksploitasi dan memanipulasi waris anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan sembilan anggota itu di Teluk Intan pada 13 Mei lalu.

    Katanya sehubungan dengan itu polis melantik peguam bagi mewakili kesemua waris dan anggota terbabit bagi mengelak berlaku eksploitasi terhadap pampasan serta sumbangan kepada mereka.

    Noor Hisam berkata waris dan anggota FRU juga diminta tidak berhubung dengan pihak tidak dikenali, sebaliknya berurusan hanya melalui peguam yang telah dilantik.

    “Kita (Polis) nampak ada cubaan menangguk di air keruh.

    “Kita tak boleh cerita secara spesifik tetapi apa yang dimaklumkan adalah hal kewangan dan perundangan,” katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Gerik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik hari ini.

    Insiden berdarah yang berlaku pada jam 8.54 pagi membabitkan pertembungan trak FRU dengan lori muatan batu di Jalan Sungai Lampam – Teluk Intan itu turut menyebabkan lima anggota pasukan berkenaan cedera parah manakala empat lagi cedera ringan.

    MENARIK:  Tiada kenaikan tarif elektrik hingga Dis tahun ini

    Selain itu, Noor Hisam berkata khidmat kaunseling membabitkan waris serta anggota yang terlibat dalam kemalangan itu akan terus diberi penumpuan dan diselaraskan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

    Dia berkata perananan yang dimainkan jabatan berkenaan adalah untuk memulihkan emosi waris dan anggota supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

    “Di bawah JIPS ini ada Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka), terdapat kaunselor terlatih yang terus memberi kaunseling kepada waris dan anggota. Kita tak tinggalkan (abaikan) mereka sebaliknya semua aspek dijaga rapi,” katanya.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah