32.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tokoh warisan kebangsaan, Dr Rosli Saludin meninggal dunia

    Shopee Sale

    Tokoh Warisan Kebangsaan bagi Kategori Orang Hidup Profesor Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin, 62, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Seremban hari ini akibat jangkitan kuman.

    Anak bongsu Allahyarham, Muhammad Hafiz, 26, berkata keadaan kesihatan Mohd Rosli petang semalam adalah lemah dan beliau telah membawa ayahnya ke klinik swasta berhampiran untuk pemeriksaan kesihatan sebelum dirujuk ke hospital berkenaan.

    “Ayah kemudian ditidurkan dan sekitar 1 pagi, dia dimasukkan ke wad biasa dan keadaannya stabil tetapi kembali kritikal pada 3 petang sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

    Beliau berkata bapanya baru pulang dari Indonesia pada Februari lepas dan kini dalam proses menyiapkan buku mengenai adat Melayu dua negara.

    MENARIK:  4 individu terkait GISBH direman tiga hari

    Muhammad Hafiz berkata jenazah bapanya dijangka dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Dioh Besar selepas Isyak.

    Mohd Rosli meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak termasuk tiga anak tiri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah