34 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Timb menteri kewangan cuti sakit lepas pembedahan

    Shopee Sale

    Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying, mengambil cuti sakit selama sembilan hari bermula Selasa lepas (8 Okt - 16 Okt) selepas menjalani pembezahan oleh pakar perubatan hospital kerajaan pada 4 Okt.

    Pejabat Timbalan Menteri Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan untuk mengambil cuti sakit itu diambil berdasarkan nasihat doktor bagi memastikan beliau dapat kembali sihat dan sejahtera.

    “Pada 4 Okt 2024, Timbalan Menteri Kewangan telah menjalani pembezahan dan kini sedang menjalani proses pemulihan di kediaman beliau.

    “Pembezahan tersebut berjaya dilaksanakan oleh pakar-pakar perubatan hospital kerajaan,” menurut kenyataan itu.

    Menurut kenyataan itu, Timbalan Menteri Kewangan dimaklumkan akan pulih sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan.

    “Walaupun diberikan cuti sakit rasmi sehingga awal November, Timbalan Menteri Kewangan tetap komited untuk kembali bertugas pada 17 Okt 2024. Ini bertepatan dengan bermulanya Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-15 serta sesi pembentangan Belanjawan 2025,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  India arah X sekat 8,000 akaun, termasuk organisasi berita

    Pejabat Timbalan Menteri Kewangan memaklumkan bahawa Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjong akan terus beroperasi seperti biasa.

    Lim, yang juga merangkap Ahli Parlimen Tanjong, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan doa yang diberikan.

    “Timbalan Menteri Kewangan berharap dapat kembali bertugas dengan sihat dan penuh tenaga dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah