33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga PPS masih aktif, jumlah mangsa menurun di Sarawak

    Shopee Sale

    Terdapat tiga pusat pemindahan sementara (PPS) banjir masih aktif di Sarawak pagi ini selepas PPS Dewan SMK Bukit Assek di Sibu ditutup pada 7 malam tadi.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan tiga PPS masih aktif itu ialah PPS Dewan Suarah Bintulu yang menempatkan 184 mangsa daripada 53 keluarga, PPS Balai Raya Sebauh (148 mangsa daripada 48 keluarga) dan PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh (95 mangsa daripada 28 keluarga).

    “Jumlah keseluruhan mangsa berlindung di PPS pada pagi ini adalah sebanyak 427 orang daripada 129 keluarga berbanding 507 orang daripada 158 keluarga pada 4 petang semalam,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Dr Mahathir masuk IJN, prosiding kes saman ke atas Zahid ditangguh

    Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal Public Infobanjir melaporkan pada 7.30 pagi ini, paras air di tiga stesen, iaitu Long Teru (Miri) serta Nanga Lemai B dan Stapang B (Sibu) masih melebihi tahap bahaya, manakala lima stesen lain berada pada paras amaran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah