28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada ahli PAS terlibat GISBH, hanya bekas ahli – Ahmad Fadhli

    Shopee Sale

    Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan bahawa tiada ahli mahu pun pemimpin parti itu yang terlibat dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

    Bagaimanapun, Ahmad Fadhli berkata ada beberapa individu yang dikesan terlibat dengan GISBH selepas mereka keluar daripada PAS.

    “Tidak ada ahli PAS yang terlibat dengan GISBH, yang terlibat dengan GISBH ini yang sudah keluar daripada PAS,” katanya ringkas kepada pemberita dalam sidang media Munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS ke 70 peringkat negeri Selangor di Pusat Konvensyen Bangi, hari ini.

    Ahmad Fadhli berkata demikian mengulas sama ada terdapat ahli atau pemimpin parti itu yang didapati terlibat dalam GISBH iaitu pergerakan yang didapati menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

    MENARIK:  Kedudukan kerusi DUN Nenggiri dijangka diketahui esok

    Sebelum ini media melaporkan pihak polis telah melancarkan Op Global awal bulan lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

    Hasil serbuan seramai 572 mangsa berjaya diselamatkan, dan 359 pengikut GISBH termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut ditahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah