Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dipilih sebagai pengerusi DAP Johor yang baru, manakala Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi sebagai timbalannya.
Adun Penggaram Gan Peck Cheng dan Sheikh Umar Bagharib Ali pula dipilih sebagai naib pengerusi.
Keputusan itu dibuat hari ini oleh 15 ahli jawatankuasa DAP Johor yang baru susulan pengundian parti.
Pengerusi terdahulu, Liew Chin Tong juga menang dalam pengundian dan menjadi ahli jawatankuasa negeri.
[Berita lanjut menyusul]





