29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tengku Hassanal rasmi kuliyyah pelancongan mampan, bahasa kontemporari UIAM

    Shopee Sale

    Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Kuliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari (KSTCL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh di Muar hari ini.

    Keberangkatan tiba baginda kira-kira pukul 10.45 pagi disambut Presiden UIAM Tan Sri Samsudin Osman, Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Pegawai Daerah Muar Hasrin Kamal Hashim.

    Samsudin dalam ucapannya di majlis itu berkata asakan industri teknologi pada hari ini yang sangat mencabar, justeru ia perlu diberi perhtian oleh warga kuliyyah.

    "Pada hari ini, kita perlu merasa bimbang apabila menyebut tentang Revolusi Perindustrian. Kita bimbang industri ini akan melupuskan nilai kemanusiaan atau dikenali dengan istilah dehumanisation of men.

    Gambar hiasan.

    "Justeru pertahankanlah nilai dan asas yang baik supaya kita tidak melahirkan robot yang hanya pandai berkata-kata namun kosong dengan nilai, adab dan akhlak," katanya.

    Beliau berkata di samping aspek nilai, kemampanan juga perlu diberikan perhatian bagi menjaga kelestarian alam sekitar sekali gus selari dengan apa yang diperjuangkan universiti itu selama ini.

    MENARIK:  Kematian dalam tahanan: Mahkamah Rayuan kurangkan ganti rugi

    "Jika tumpuan hanya diberikan kepada cara untuk membangunkan kawasan pelancongan, namun amat menyedihkan apabila bukit-bukau dibiarkan ditarah dan balak ditebang tanpa kawalan, maka hal itu amat bertentangan dengan maksud kemampanan yang kita perjuangkan selama ini,” katanya,

    Sementara itu Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM dalam kenyataan memaklumkan KSTCL sebelum ini dikenali dengan nama Kuliyyah Bahasa dan Pengurusan (KLM) terletak di UIA Kampus Gombak, sebelum berpindah ke Hab Pendidikan Tinggi, Bandar Universiti Pagoh pada 2017.

    Gambar hiasan.

    Pada Mac 2024, universiti itu menerima kelulusan penjenamaan semula KLM kepada KSSTCL oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan diluluskan dalam Mesyuarat Senat UIAM serta Mesyuarat Ahli Lembaga Gabenor UIAM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah