24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Taufan: Naib presiden Venezuela dihempap pokok tumbang

    Shopee Sale

    GLOBAL | Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodríguez dihempap pokok tumbang semasa Taufan Beryl melanda negara itu, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

    Kejadian berlaku semasa Rodriguez memantau kerja-kerja pembersihan kerosakan yang disebabkan oleh Beryl di negeri Sucre.

    Presiden Venezuela Nicolas Maduro berkata tiupan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang dan satu daripadanya mengenai pemimpin itu.

    "Beliau mengalami hentakan kuat tetapi masih sedar.

    "Beliau kuat. Beliau baru sahaja menulis kepada saya dan menyampaikan salam," kata Maduro dalam ucapan kepada penyokongnya pada Selasa.

    Taufan Beryl melanda Caribbean dengan kelajuan angin melebihi 250 kilometer sejam mengakibatkan dua orang maut di Venezuela manakala lebih 600 rumah rosak apabila Sungai Manzanares melimpah.

    MENARIK:  Pemuda Bersatu Sabah gesa pendedahan penuh skandal arang batu, jet peribadi

    Kerajaan menghantar 3,600 anggota polis dan pekerja bantuan bersama 2,000 tan bekalan ke kawasan di utara negara itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah