28.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi

    Shopee Sale

    Tapak pelupusan sampah Pulau Burung, di Nibong Tebal dilaporkan terbakar awal pagi ini.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 5.40 pagi.

    “Kebakaran melibatkan sampah di tapak pelupusan dengan anggaran keluasan 10,000 kaki persegi atau 0.093 hektar.

    “Kerja pemadaman sedang dilakukan termasuk dengan bantuan dua unit jengkaut membuat pemisah api bagi mengawal kemerebakan yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Umno, Umno S'gor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC

    Beliau berkata operasi masih dijalankan setakat ini melibatkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan BBP Sungai Bakap.

    Operasi turut melibatkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Jawi, Nibong Tebal, Valdor serta Parit Buntar.

    Kebakaran sisa pepejal di tapak pelupusan sampah itu pernah berlaku pada 8 Feb yang mengambil masa sembilan jam untuk dipadamkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah