25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tamatkan perang Iran kunci kawal harga minyak – Merz

    Shopee Sale

    Canselor Jerman Friedrich Merz berkata pada Rabu bahawa menamatkan konflik antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran adalah satu-satunya jalan penyelesaian sebenar terhadap lonjakan harga minyak.

    "Kita tidak boleh mengimbangi setiap kenaikan harga melalui langkah cukai atau peruntukan daripada belanjawan persekutuan," kata Merz kepada ahli parlimen semasa sesi persidangan parlimen, lapor Anadolu Ajansi.

    “Cara terbaik untuk mengawal semula harga adalah dengan menamatkan peranang di Iran. Kerajaan sedang melakukan segala yang termampu untuk mencapai matlamat ini secepat mungkin,” katanya.

    Canselor itu menegaskan bahawa beliau telah berulang kali membangkitkan kebimbangan Berlin mengenai peperanangan berkenaan serta risikonya terhadap ekonomi global dalam beberapa panggilan telefon baru-baru ini dengan Presiden AS, Donald Trump.

    MENARIK:  LFL kecam polis siasat Isham sebab gesa PM saman Bloomberg

    "Saya sedang menyelaraskan secara rapat dengan rakan sejawat di Kesatuan Eropah serta dengan United Kingdom, Norway, dan ramai lagi," kata Merz. "Kami sedang cuba melakukan apa sahaja yang termampu untuk memujuk AS dan Israel supaya mencari penyelesaian diplomatik terhadap peranang ini."

    Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa penamatan permusuhan memerlukan kesediaan daripada semua pihak termasuk Iran, sesuatu yang menurutnya masih belum kelihatan buat masa ini.

    -- BERNAMA

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah