27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak rasmi: Amirudin, Aminuddin, Chang kekal naib presiden, Ramanan muka baru

    Shopee Sale

    Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang mempertahankan jawatan naib presiden PKR dalam pengundian parti hari ini, menurut keputusan tidak rasmi.

    Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan menjadi muka baru yang menang jawatan itu.

    Menurut sumber parti, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pada pukul sembilan malam ini.

    "Lebih kurang 15,000 perwakilan mengundi secara fizikal dan atas talian pada pengundian hari ini.

    "Mengikut keputusan tidak rasmi Amiruddin, Ramanan, Aminuddin dan Lih Kang menangi jawatan naib presiden," katanya kepada Malaysiakini.

    Berdasarkan keputusan tidak rasmi ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankan jawatan naib presiden yang dipegangnya sejak 2022.

    Pada pengundian kali ini, seramai 12 ahli PKR bersaing merebut empat kedudukan untuk jawatan naib presiden.

    MENARIK:  Ku Li kenang detik helikopter hampir terhempas di Gua Musang

    Berikut adalah tujuh lagi calon yang tewas:

    • Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru)

    • R Yuneswaran (Ahli Parlimen Segamat)

    • Dr Sathia Prakash Nadarajan (Ketua Cabang PKR Hulu Selangor)

    • Abun Sui Anyit (Ketua Cabang PKR Hulu Rajang/senator)

    • Hee Loy Sian (bekas Exco Selangor)

    • Mustaffa Kamil Ayub (Pengerusi Institut Keusahawanan Negara)

    • Manivanan Gowin (Ketua Cabang PKR Jempol)

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah