30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak perlu bincang MCA, MIC sertai PN sekarang – MIPP

    Shopee Sale

    Perikatan Nasional (PN) tidak perlu tergesa-gesa membincangkan sama ada MCA dan MIC akan menyertai gabungan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang atau tidak.

    Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) S Subramaniam sebaliknya berkata gabungan itu perlu menunggu sehingga kedua-dua komponen BN itu membuat permohonan secara rasmi.

    "Bagi saya, isu ini tak perlu bincang sekarang. Biar, MCA dan MIC membuat permohonan secara rasmi sertai PN. Kita nak tahu mereka betul-betul minat menyertai PN atau tidak.

    "Kemudian, majlis presiden (PN) boleh membuat keputusan," katanya kepada Malaysiakini.

    Dia berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus MCA dan MIC akan meninggalkan BN pada PRU akan datang.

    Sebelum ini di tengah-tengah ketidakpuasan hati dalam MIC dan MCA, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ahad lalu, menjemput kedua-dua parti sekutu BN itu untuk bergabung, sambil mengambil maklum kekecewaan mereka kerana dibiarkan tanpa perwakilan dalam kerajaan.

    MENARIK:  Anak dedah Najib ceria, sudah kemaskan sebahagian barangan

    Ini selepas, sepuluh badan perhubungan MIC negeri telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan BN selepas mendakwa Umno selaku wakil tunggal BN dalam jemaah menteri gagal mempertahankan kedudukan parti-parti komponen dalam kerajaan perpaduan.

    Presiden MIC SA Vigneswaran mengesahkan partinya telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin PN.

    Mengulas lanjut, Subramaniam berkata sehingga kini pucuk pimpinan MIC mahupun MCA membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai kedudukan di BN.

    "MIC sebelum ini berkata akan berbincang dengan semua parti pada PRU untuk menentukan masa depan partinya.

    "Maksudnya, MIC akan berbincang dengan PN dan juga PH. Itu yang saya kata, biar mereka membuat permohonan secara rasmi," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah